Tuesday, May 20, 2014

Tempahan : coklat moist kek dan kek coklat topping cram cheese

assalamualaikum....

sepanjang bulan ini banyak menerima tempahan kek coklat dari kawan-kawan sempena besday anak diorang.. terima kasih banyak2 atas tempahan... banyak lagi yang perlu belajar untuk mendalami ilmu membuat kek ni.. masih cetek lagi ilmu pengetahuan tentang kek.. harap lepas ni dapat meningkat kan kemahiran....:)






Tempahan: kek redvelvet dan coklat moist

assalamualaikum...

alhamdulillah sepanjang minggu lepas menerima tempahan kek dari Bank Rakyat Kepala Batas sempena Hari Jururawat 2014 dan Hari Guru 2014.. buat pertama kali menerima tempahan kek yang banyak... sampai poning pala tengok kek... dapat jugak menyiapkan mengikut due date.... terima kasih daun keladi tahun depan order lagi...:)







Monday, May 5, 2014

Doorgift Rainbow cookies

assalamualaikum / salam sejahtera

Lambat update pasal doorgift rainbow cookies.. 1st time buat 350 box.. setiap box ada 8pcs.. dlam 2800pcs kena siap kan.. bermacam cabaran masa hendak siap kan yang ini.. buttercup mencair xtau sebab apa.. 2 tin pulak tu.. meraung la sekejap.. dah la ada masa berapa hari je nak siap kan.. kalut la jugak.. rupa2 nya mentega yang cair tak boleh digunakan tepung akan jadi bergumpal.. so kalau nak buat biskut ni pasti kan mentega dalam keadaan elok....





chumiiillll kan... nampak exclusive jer... customer tak nak riben.. sbb ada nak letak benda atas tue... price kasih sayang yang diberikan... hehe :)

kalau ada yg berminat utk buat tempahan boleh sms/wasap 0194320851.. area penang...

Thursday, May 1, 2014

KENDURII KAHWIN DAN KEK HANTARAN

Assalamualaikum / salam sejahtera

dah lama tak bersiaran di sini disebabkan kesibukan yang melanda sejak kebelakangan ini.. byk jugak gambar tak dapat snapp.. minggu ni kena siap kan doorgift rainbow cookies... kena berkeja keras dua tiga hari ni.. berbalik pada kenduri lepas.. aku membuat cake hantaran untuk cousin.. sempat jugak pergi kenduri di sebelah pihak perempuan di GRIK...

first time, aku try buat deco berbentuk bakul.. penat jugak nak siapkan sebab menggunakan nozel saiz 1.. sbb terlupa nak beli nozel saiz besaq sikit.. penuh mencabar jugak.. tp keputusan nya berpuas hati.. masih banyak lagi nak belajar utk deco kek.. masih belajar dari kesilapan... akan mencuba yg terbaik utk hasil kan kek yang cantik...




syahril nak bergambar dengan pengantin lelaki jugak...



Wednesday, April 9, 2014

RED VELVET CAKE

Assalamualaikum/ salam sejahtera....

dah bapa minggu tak update blog.. sebab bz dengan tempahan doorgift.. mood malas nak update blog suka sangat bertandang..hihi kali ini tempahan dari cousin sempena besday anak diorang.. diorang buat makan2 utk dua org sekali... request dr cousin nak red velvet cakes....




happy besday adam dan ainun....:)

Wednesday, March 26, 2014

Resepi : Twister ala KFC

Assalamualaikum...

sapa suka makan twister kfc.. boleh buat sendiri di rumah.. cara homemade lagi best.. yg penting boleh letak sayur banyak banyak mmg sedap.. bg yg penggemar sayur la.... dah lama nak try buat sbb dulu dulu tgok pakcik kat ofis rajin bawa twister roll ni wife nye buat kan... baunya mmg la sedap.. telan air liurr je la masa tue.. kemarin baru berkesempatan buat.... senang je buat nya..


bahan bahan :

1 keping roti tortila
1 keping daging burger ( Ramly)
2 batang sosej
timun di hiris nipis
tomato di hiris nipis
1 helai salad butterhead
mayonis secukupnya
sos cili secukupnya


cara membuatnya :

  1. daging burger dan sosej dipanggang dalam kuali non stick dengan sedikit butter hingga masak. sejuk kan dan hiris kecil.
  2. panaskan roti tortilla di atas kuali non stick sekejap.
  3. ambil sekeping roti tortilla letakkan daun salad , timun , tomato serta daging burger dan sosej. paip kan mayonis dan sos di atas nya.. gulung dengan kemas dan boleh kerat dua.. siap utk dihidangkan...

menggunakan jenama mission wraps.


sebelum di balut


siap digulung.. tak berapa kemas sgt

selamat mencuba nyer...:)


Tempahan Kek Chocolate Moist

assalamualaikum..........

tempahan kek kali ini dari officemate untuk besday anak nya.. thanks for order yer...:) 



happy birthday qisya nur zahra'

untuk tempahan atau pertanyaan boleh sms / wasap 0194320851


Monday, March 17, 2014

Resepi :: SHERPERD PIE

Assalamualaikum...

allahamdulillah.. percubaan pertama menjadi.. sedap rupa nya sherperd pie nie... dah lama nak membuat nya tapi tak da mood nak buat.. semalam berjaya jugak buat nyer.. senang dan mudah saja.. saya share resepi yg di olah sedikit dari saya...

Bahan-bahan untuk PIE

1 kilo ubi kentang
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Air untuk rebus ubi kentang secukupnya

Cara-cara

  1. rebus ubi kentang sehingga empuk.
  2. setelah ubi empuk. mix kan ubi bersama susu segar , mentega , serbuk lada hitam dan masukkan sedikit garam.
  3. untuk memudahkan saya menggunakan hand mixer. bila siap ketepi kan.

Bahan-bahan untuk INTI

400gm daging cincang
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
8 biji cendawan butang
3 sudu besar tomato puree
1 pokok daun parsli
1 batang lobak merah
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk oregano
1 kiub stok daging lembu
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Panas kan minyak masak dan tumis kan bawang putih serta bawang merah sehingga layu
  2. kemudian masukkan kan daging cincang biar kan sehingga masak.
  3. Masukkan kan tomato puree , serbuk lada hitam , serbuk oregano , stok daging , garam secukup rasa biarkan sehingga masak dan sebati.
  4. akhir sekali masukkan cendawan butang, lobak merah dan daun parsli biarkan sehingga betul2 kering dan sebati.
  5. siap untuk di lapiskan bersama ubi kentang.
  6. bakar pada suhu 200 selama 20minit

lapisan pertama letak kan ubi kemudian inti dan akhir sekali ubi semula


Untuk hiasan boleh letakkan cheedar cheese


siap di bakar dan letakkan sedikit sos

#selamat mencuba resepi dari zanna's homemade





KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum semua...

kali ini menerima tempahan kek coklat moist dari kak hana.. 2nd order dari kak hana.. order utk sambutan besday anak-anaknya bersama family.. thanks kak hana... harap berpuas hati....



untuk tempahan boleh call/sms/wasap - 0194320851

Thursday, March 13, 2014

Birthday cake : Rainbow cake

Assalamualaikum....

tempahan kali ini dari kawan pejabat untuk sambutan besday anak nya.. design tak kisah.. jadi saya senang buat design untuk budak-budak.. cuma nak letak kan edible image gambar ank nya... senang cite maka jadi lah sebijik kek ini.... thanks for order kak hana...:)



Tempahan Cup Cake

Assalamualaikum....

dah lama tak update blog.. di sebabkan tak mood yang mendatang tuk update.. kali ni update tempahan cup cake dari kawan ex-school.. thanks fo order shira n zalikha....



tempahan dari shira sempena besday anak yer...:)



tempahan dari zalikha untuk mama nya....:)


untuk tempahan boleh call/sms/wasap - 0194320851

Thursday, February 13, 2014

Nasi Arab Restoran Qasar Hadramawt

assalamualaikum / salam sejahtera

dah lama teringin nak makan nasi arab di Restoran Qasar Hadramawt.. isnin lepas sempat pergi masa lunch hour dengan office mate... macam macam menu ada di sini... rasa nasi nya sedap... saya suka nasi kabsah.. satu pinggan boleh kongsi 2org.

MENU 

MENU BERGAMBAR

CHICKEN MANDY

CHICKEN KABSAH
menu yang disediakan nasi arab bersama kuah ala2 dalca n sambal... bagi yang meminati rasa kesedapan la.. kena makan masa betul2 lapar mmg akan puas hati... 

bintang ****/*****

Saturday, February 8, 2014

WELCOME TO NEW DESIGN

Alhamdulillah hari ini siap design baru untuk page zannaslover a.k.a zanna's homemade... thanks kepada adik alieff.. boleh ke fb 'BLOG ALIEFF'.. design yg sgt cantik seperti yg diidamkan.. thanks a lot.. ;)


Jom jejalan ke blog saya.. boleh follow saya yer... ;) 

 

Zanna's homemade Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork